25 JULAI: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini merekodkan agihan vaksin sebanyak 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara, setakat tengah malam tadi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826.
“Sementara itu, 11,507,070 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.
Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata, 417,738 dos diberikan di seluruh negara semalam, merangkumi 284,672 individu menerima suntikan pertama manakala 133,066 penerima dos kedua.