26 JULAI : Angka jangkitan COVID-19 menurun berbanding semalam apabila sebanyak 14,516 kes positif yang dikesan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui hantaran terbaharu di Facebook rasminya berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia meningkat kepada 1,027,954 kes.
“Selangor terus kekal menjadi penyumbang tertinggi kes walaupun ada sedikit pengurangan kes berbanding semalam.
“Ini diikuti oleh Johor yang memperlihatkan peningkatan kes sebanyak 1,449 berbanding 950 kes semalam,manakala Kuala Lumpur menjadi penyumbang ketiga tertinggi iaitu sebanyak 1,425 kes, menurun berbanding 2,045 kes semalam,” jelasnya.