nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Azhar jawab tidak puas hati pembangkang proses Sidang Khas

26 JULAI: Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen 14 (2021) yang bermula hari ini adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, menjelaskan Peraturan Mesyuarat 11(3) mengariskan bahawa mesyuarat khas berkenaan boleh diadakan apabila berlaku penangguhan dalam sidang Parlimen.

“Parlimen kita penggal ketiga ini sekarang dalam penangguhan. Kita belum prorog penggal ketiga, jadi secara teknikalnya kita masih dalam penggal ketiga yang ditangguh. Itu hari sudah diedar takwim penggal keempat yang akan bermula pada 6 September ini.

“Jadi selalunya, amalan kita sebelum mulakan penggal baru itu, penggal sekarang akan diprorog selama seminggu sebelumnya. Jadi sekarang, belum diprorog. Kita dalam penggal ketiga yang tertangguh,” katanya ketika menjawa persoalan dibangkitkan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawap persoalan dibangkitkan ramai wakil rakyat pembangkang yang mempersoalkan mengenai keperluan kerajaan mengadakan sidangan khas Dewan Rakyat, yang disifatkan mereka tidak mengikut peraturan mesyuarat dan Perlembagaan Persekutuan kerana tidak memberi ruang kepada wakil rakyat berbahas dan pengundian.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempersoalan proses Sidang Khas pada mesyuarat Dewan Rakyat kali ini

Terdahulu, Dewan Rakyat digamatkan dengan perang mulut antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan beberapa Ahli Parlimen PH termasuk Gobind Singh Deoh (Puchong), Hanifa Maiden (Sepang) dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Semporna).

Mengulas lanjut, Azhar berkata, di bawah peraturan mesyuarat 11(3) juga, prosedurnya menetapkan bahawa Perdana Menteri mempunyai prerogatif untuk memanggil sidang khas ini.

“Perdana Menteri akan memberi pemakluman kepada saya sebagai Yang Dipertua Dewan, bahawa dalam pendapat Perdana Menteri untuk kepentingan awam dan masyarakat adalah penting atau mustahak untuk diadakan satu sidang walaupun tarikh mesyuarat akan datang belum sampai.

“Pemakluman terbabit sudah diberi kepada saya oleh Perdana Menteri dan yang paling penting, peraturan 11(3) urusan mesyuarat ditetapkan oleh Perdana Menteri, itu prerogatifnya. Sidang khas ini adalah proregatif Perdana Menteri,” katanya.

Azhar juga menjelaskan amalan sama juga di Parlimen United Kingdom (UK) yang mana sidang khas dibenarkan untuk diadakan dengan persetujuan pihak kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ketika bangun mencelah menjelaskan di bawah peraturan mesyuarat 11(3) juga memperuntukan dalam konteks Parlimen, sidang boleh diadakan secara biasa atau menerusi sidang khas.

“Pada 2009 sidang khas juga pernah diadakan untuk membincangkan isu pencerobohan Israel (ke Palestin),” katanya. Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.