26 JULAI: Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan ibadah umrah untuk umat Islam antarabangsa dibuka semula mulai 1 Muharram 1443 atau 10 Ogos depan.
Bermula semalam juga rakyat dan penduduk tempatan mula menunaikan umrah.
Sebelum ini, ibadat itu digantung pada minggu pertama Zulhijjah bagi memberi laluan kepada persiapan ibadat haji pada 17 Julai lalu.
Para jemaah perlu mengikuti petunjuk di atas lantai apabila melakukan tawaf seperti yang berlaku semasa musim haji.
Jemaah umrah iaitu India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di sebuah negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Dalam pada itu, jemaah umrah dari negara-negara lain dibenarkan tiba di Arab Saudi tanpa kuarantin ekoran pandemik COVID-19.
Para jemaah dikehendaki mendapatkan dua suntikan dos vaksin COVID-19 sama ada Pfizer, Moderna, AsraZeneca atau J&J.
Dos vaksin yang lengkap dari China dengan ditambah suntikan sama ada Pfizer, Moderna, AsraZeneca atau J&J juga perlu dilakukan oleh jemaah umrah.