nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peraturan Ordinan Darurat sudah dibatalkan 21 Julai lalu

26 JULAI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa kerajaan sudah membatalkan semua peraturan di bawah Ordinan Darurat berkuatkuasa, mulai 21 Julai lalu.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen PAS-Kota Bharu menjelaskan tindakan itu dalam Mesyuarat Kabinet terakhir, pada minggu lalu berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Takiyuddin menjelas Proklamasi Darurat masih belum dibatalkan dan akan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos ini.

“Kerajaan telah memutuskan, berdasarkan Artikel 150 (3) (Perlembagaan Persekutuan) untuk membatalkan semua peraturan darurat (dirumuskan) selama pengisytiharan darurat.

“Undang-undang ordinan darurat berkenaan sudah dibatalkan. Oleh itu, isu soal undang-undang di bawah Ordinan Darurat akan terus terpakai sehingga tempoh enam bulan lagi,” katanya ketika mencelah di sesi penerangan berhubung pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, keadaan berkenaan menimbulkan bantahan dari pihak pembangkang, yang menuntut agar Takiyuddin bilakah peraturan tersebut dibatalkan dan melalui mekanisme apa.

Anggota Parlimen pembangkang juga mendakwa semua undang-undang darurat perlu dibatalkan melalui Parlimen mengikut Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Malah sehingga jam 1 tengah hari ini, tidak ada warta baru yang dikeluarkan di laman web Jabatan Peguam Negara mengenai pembatalan peraturan tersebut.

Justeru, ramai Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan keputusan kerajaan membatalkan ordinan dan proklamasi Darurat tanpa dibincangkan di Parlimen atau dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen PH-Bagan Lim Guan Eng mempertikaikan sesi penerangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menyentuh langsung mengenai perkara berkaitan Ordinan dan Proklamasi Darurat.

Katanya, ia satu kelainan daripada apa yang diamalkan sebelum ini mengikut Peraturan Mesyuarat 14 (1) mengenai perbahasan dan pencerahan.

“Beliau (Perdana Menteri) tidak langsung sebut mengenai Ordinan Darurat sudah dimansuhkan pada 21 Julai lalu, saya nak tanya adakah selepas 21 Julai semua denda dan hukuman dibatalkan atau masih dilaksanakan.

“Saya ingin menuntut penjelasan Perdana Menteri kerana perkara ini penting bahawa penjelasan harus diberikan. Ini kerana ia adalah suatu perkara yang amat penting dalam keadaan Ordinan dan Proklamasi Darurat harus dijelaskan oleh Perdana Menteri.

“Adakah perkara ini sudah dimaklumkan kepada Istana (Negara), darurat tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos, adakah ini sudah disembahkan kepada istana kerana negara ingin tahu kedudukan sekarang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.