27 JULAI: Sebanyak 27 lokaliti di Sabah, Sarawak, Johor, Pahang dan Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini hingga 11 Ogos depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ia membabitkan 11 lokaliti di Kota Kinabalu iaitu di Bandar Sierra, Kampung Unggun, Kampung Kalasanan, Lorong Cina 1, 2 dan 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher, Polytechnic Commercial Centre, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya.
Beliau berkata, lapan lokaliti dikenakan PKPD di Penampang membabitkan Country Height Fasa 1, Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon.
“Di Beaufort pula, lokaliti terbabit merangkumi Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna manakala tiga lokaliti di Tawau adalah Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah.
“Di Kinabatangan, ia membabitkan Perumahan Ladang Tinabau manakala di Kuching, tiga lokaliti terbabit PKPD adalah Kampung Jawa Batu 12, Kampung Bumbok dan Kampung Telaga Air.
“PKPD di Johor pula adalah Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana di Kluang, Kampung Pertanian, Kulai dan Kampung Separa di Mukim Senai.
“Satu lokaliti di Maran terbabit PKPD adalah Felda Jengka 7 selain Ladang Kerilla dekat Tanah Merah, Kelantan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hishammuddin berkata PKPD itu diputuskan di lokaliti berkenaan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko serta trend jangkitan COVID-19.
Beliau memberitahu, PKPD dilaksanakan sejak 15 Julai lalu membabitkan tiga lokaliti di Sabah dan masing-masing satu di Pahang, Sarawak dan Selangor akan ditamatkan esok.
Katanya, ia membabitkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan; Kampung Telaga dan Kampung Pituru masing-masing di Pitas; Felda Jengka 8, Jerantut dan Kampung Jagoi Duyoh, Kuching.
“Taman Samudera, Mukim Batu dekat Gombak yang dikenakan PKPD sejak 18 Julai lalu juga akan ditamatkan esok, lebih awal dari jadual asal iaitu pada akhir bulan ini,” katanya.