27 JULAI : 100,000 kit ujian kendiri antigen COVID-19 akan diagihkan kepada seluruh rakyat Johor dalam masa yang terdekat.
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi baginda semalam bertitah, kit ujian kendiri itu dapat mempertingkat kapasiti saringan supaya pengesanan jangkitan COVID-19 secara lebih efektif dapat dijalankan.
Titah baginda, pelaksanaan ‘Test, Trace and Vaccinate’ perlu dilakukan jika imuniti kelompok ingin dicapai secepat mungkin.
Tunku Ismail bertitah, kit ujian kendiri itu juga akan membantu dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19, selain mengenal pasti lokasi yang menjadi ‘hot spot’ penularan jangkitan tersebut.