28 JULAI : Jumlah kes kematian akibat COVID-19 hari menurun kepada 143 kes berbanding 207 kes semalam,menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian setakat ini mencecah kepada 8,551 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kematian hari ini, 123 melibatkan warga negara dan 20 melibatkan bukan warga negara.
“Selangor terus kekal tertinggi hari ini dengan 41 kes, 21 kes lagi di Negeri Sembilan, 17 kes di Johor dan 14 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Manakala 11 kes lagi adalah di Perak, 10 kes di Kedah, 9 kes di Sabah, 7 kes di Melaka, 5 kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta 3 kes di Pahang,” ujarnya dalam satu kenyataan harian COVID-19 hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula sebanyak 1,016 kes, berkurang sedikit berbanding semalam, manakal kes yang memerlukan pernafasan meningkat kepada 529 kes berbanding 524 kes semalam.
“Sementara itu, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 12,373 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 877,812 kes,” ujarnya.