29 JULAI : Ekoran dua kes positif Covid 19 di kalangan petugas Parlimen, ujian saringan COVID-19 diadakan secara mengejut di bangunan Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen dan pegawai yang bertugas tidak dibenarkan keluar daripada bangunan Parlimen sehingga selesai ujian saringan COVID-19.
Manakala, Timbalan Speaker, Datuk Hasnon Rashid mengumumkan sidang khas Parlimen yang dijadualkan bersambung pada pukul 5.30 oetang tadi ditangguh lagi sehingga esok.

