29 JULAI : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak 17,170 lagi kes jangkitan baharu menjadi jumlah keseluruhan ke spositif negara meningkat kepada 1,078,646 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui hantaran terbaharunya di Facebook berkata, semua negeri mencatatkan kes baharu di mana empat negeri mencatatkan pertambahan kes mencecah empat angka.
“Selangor terus kekal sebagai penyumbang tertinggi dengan 7,163 kes, manakala Kuala Lumpur mencatakan peningkatan kes sebanyak 2,138), begitu juga Kedah sebanyak 1,212 dan Johor sebanyak 1,054.
“Negeri yang turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 884 kes baharu, Sabah 776, Pahang 638, Kelantan 615, Perak 596, Sarawak 582 dan Pulau Pinang 554,” ujarnya.
Manakala menurut beliau, negeri Terengganu pula mencatatkan sebanyak 437 kes , Melaka 416, Putrajaya 84, Labuan 11 dan Perlis 10.