31 JULAI : Jumlah kes sembuh kekal sebanyak 10,000 orang selama lima hari berturut-turut di mana hari ini, negara mencatatkan sebanyak 11,718 lagi kes pesakit yang sembuh.
Peningkatan kes sembuh serta jumlah yang kekal di atas 10,000 berturut-turut memperlihatkan kesan positif petugas kesihatan dalam memberikan rawatan terbaik kepada pesakit COVID-19 di negara ini.
Sementara itu, negara sekali lagi mencatat angka harian tertinggi COVID-19 dengan sebanyak 17,786 kes baharu semalam.
Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak berkenaan kini mencecah 1,113,272 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri yang merekodkan empat digit kes baharu adalah Selangor sebanyak (6,400) diikuti Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144) dan Sabah (1,035).
Labuan pula mencatat angka harian terendah dengan 9 kes baharu, diikuti oleh Perlis sebanyak 16 kes.