31 JULAI: Siasatan bagi mengesan kontak rapat dengan 11 individu yang didapati positif COVID-19 ketika saringan di Parlimen Khamis lalu sedang dijalankan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata,ini bagi membolehkan saringan ujian COVID-19 dilakukan terhadap mereka.
“Mereka terbabit diminta kuarantin kendiri,” katanya kepada PNBBC Portal.
Adham mengesahkan 11 individu yang positif telah diasingkan dan diletakkan di bawah pengawasan dan pemantauan di rumah.
Dalam pada itu, Astro AWANImelaporkan seorang pegawai kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikesan positif COVID-19.
Pegawai tersebut antara 11 individu yang didapati positif dalam saringan yang dilakukan di Parlimen Khamis lalu.
Laporan yang memetik sumber juga menyatakan Kementerian Kesihatan sedang giat menjalani langkah pengesanan kontak rapat dan individu berkenaan menjalani perintah kuarantin.
Pejabat Ahli Parlimen Langkawi itu ketika dihubungi mengesahkan perkembangan tersebut dan memaklumkan pegawai yang bertugas di Parlimen itu didapati tidak bergejala dan sedang menjalani kuarantin.
Ujian saringan ke atas Dr Mahathir juga didapati negatif dan beliau juga tiada sebarang kontak dengan pegawai berkenaan ketika di Parlimen.
Pada Khamis,seramai 1.183 individu termasuk Ahli Parlimen yang akan hadir ke Parlimen pada hari tersebut diarah membuat saringan RTK air liur mengesan COVID-19 selepas mengesan dua kes positif
Keputusan ujian saringan COVID-19 yang dilakukan di Parlimen mendapati 11 kes positif secara keseluruhan.
Dewan pada Khamis ditangguhkan disebabkan kebimbangan peningkatan kes di Parlimen.