1 OGOS: Arab Saudi mengumumkan mereka yang telah divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki premis kerajaan dan swasta bermula hari ini.
Menurut sumber rasmi Kementerian Dalam Negeri, vaksinasi adalah wajib untuk melakukan semua kegiatan ekonomi, komersial, budaya, hiburan atau sukan termasuk ke semua institusi kerajaan dan swasta, kemudahan pendidikan serta pengangkutan awam.
Memetik laporan Saudi Gazette, aplikasi Tawakkalna akan digunakan untuk memeriksa status imunisasi warganegara dan penduduknya.
Kementerian Perdagangan menyatakan bahawa semua pembeli mesti memenuhi terma dan syarat yang dikeluarkan lebih awal.
Syarat itu terpakai untuk mereka yang sudah mendapatkan satu atau dua dos vaksin yang diluluskan kerajaan serta sudah pulih daripada jangkitan coronavirus, serta pengecualian kategori orang berdasarkan usia dan keadaan kesihatan mereka.
Di Kementerian Perbandaran dan Hal Ehwal Luar Bandar dan Perumahan sebelum ini turut mengumumkan bahawa mereka yang disuntik vaksin hanya akan dibenarkan memasuki pejabat awam dan swasta, mulai 1 Ogos.
Arab Saudi berjaya melaksanakan kempen vaksinasi Kingdomwide COVID-19 untuk semua warga dan penduduknya dengan hampir 27 juta dos diberikan setakat ini.
Lebih separuh daripada warganegara Arab Saudi dan penduduk kini menerima suntikan pertama dan satu daripada lima menerima dua dos vaksin.