2 OGOS: Prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan berlangsung pagi ini, bagi mendengar penjelasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berhubung Perolehan Vaksin COVID-19 dan Penggunaannya Terhadap Rakyat Malaysia.
Mesyuarat itu berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi, di mana anggota PAC turut mendengar penjelasan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Perkara itu disahkan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh kepada media, sebentar tadi.