nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes COVID-19 capai klimaks seminggu lagi

2 OGOS: Kadar kes positif COVID-19 harian di Malaysia terutama kawasan Lembah Klang dijangka mencapai tahap kemuncaknya dalam tempoh seminggu akan datang.

Menteri Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata selepas tempoh berkenaan kadar kes positif COVID-19 dijangka memasuki fasa penurunan.

“Saya rasa kita sudah hampir kemuncak mungkin dalam seminggu atau lebih dan kita harap ia akan menurun selepas itu,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba secara maya hari ini.

Ditanya mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 dalam mengurangkan pesakit kategori 4 dan 5, Khairy berkata, pihaknya akan mendapatkan data terperinci mengenai pesakit yang dikesan ketika ini.

KHAIRY

Bagaimanapun, Khairy berkata berdasarkan data sedia ada, trend menunjukkan biarpun ada individu yang sudah mendapat vaksin yang kini berada dalam kategori 4 dan 5, peratusannya sangat rendah berbanding mereka yang belum menerima sebarang dos vaksin COVID-19.

“Sebagai contoh, kita lihat jumlah kes harian pada 1 Ogos, seramai 106 pesakit adalah dalam kategori 5, 96 daripada mereka belum menerima vaksinasi manakala 10 mempunyai sejarah pelalian.

“Bagi kategori 4, seramai 47 daripada 65 pesakit belum divaksinasi manakala 18 sudah menerima vaksin. Trend sama boleh dilihat pada kategori lain juga,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dalam memperuntukkan sebarang kelonggaran kepada individu yang sudah mendapat suntikan imunisasi lengkap.

Katanya, percaturan itu diambil susulan penularan varian membimbangkan (VOC), termasuk varian Delta di beberapa negara jiran seperti Singapura.

Dalam perkembangan lain, Khairy mengesahkan  Kementerian Kesihatan (KKM) masih lagi menggunakan sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) bagi membolehkan kawasan berpotensi menjadi kluster dikenal pasti lebih awal.

Bagaimanapun, Khairy berkata ketika ini, data membabitkan HIDE tidak didedahkan kepada umum berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berkuatkuasa.

“Kita masih menggunakan HIDE di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dan KKM  masih digunakan bagi memberi amaran mengenai kawasan yang berkemungkinan menjadi kluster,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.