nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPR pamer pemilih baharu, pertukaran mulai esok

2 OGOS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun Kedua 2021 (ST2/2021)  di 822 tempat terpilih seluruh negara, selama 14 hari mulai esok hingga 16 Ogos ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata RDPT ST2/2021 mengandungi 44,321 permohonan pendaftaran pemilih baharu daripada warga negara yang layak dan 21,567 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar yang telah memohon bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun.

Beliau berkata semakan RDPT ST2/2021 boleh dibuat melalui beberapa kaedah semakan iaitu hadir ke 822 tempat pameran RDPT ST2/2021 di seluruh negara dan mengimbas Kod QR bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen serta melayari portal rasmi pejabat Pilihan Raya Negeri.

“Orang ramai juga boleh hadir ke pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan dan menyemak buku RDPT ST2/2021 yang disediakan.

“Pemohon juga diminta menghubungi pejabat Pilihan Raya Negeri untuk janji temu atau maklumat waktu operasi pejabat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata pemohon juga boleh melayari portal rasmi SPR di https://pengundi.spr.gov.my/ atau membuat semakan melalui aplikasi MySPR Semak.

Mengulas lanjut, Ikmalrudin berkata, semua pemohon dinasihatkan menyemak nama masing-masing dalam RDPT ST2/2021 dan sekiranya pemohon mendapati namanya tidak disenaraikan, mereka boleh membuat tuntutan melalui Borang B.

Beliau berkata bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam RDPT ST2/2021 dalam satu-satu bahagian pilihan raya, perlu mengisi Borang C.

Borang B dan Borang C boleh dimuat turun daripada portal pejabat Pilihan Raya Negeri dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pemilih (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan pada waktu pejabat sepanjang tempoh pameran itu diadakan.

“Semasa tempoh Pameran RDPT ST2/2021, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia, hilang taraf kewarganegaraan atau apa-apa sebab berdasarkan kepada Peraturan 10 dan 25(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002,” katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT ST2/2021 boleh menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018 atau mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.