3 OGOS: UMNO perlu menunjukkan bukti bahawa parti itu sudah mempunyai jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, setakat ini Perikatan Nasional masih kerajaan yang stabil dan disokong majoriti ahli parlimen Perikatan Nasional.
“Siapa yang cabar kami, buktikan ada jumlah yang cukup untuk memerintah. Saya masih Pengerusi PNBBC menyatakan bahawa majoriti PNBBC menyokong kerajaan hari ini,” katanya ketika dihubungi, sebuah akbar sebentar tadi.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar malan ini susulan kenyataan UMNO menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri.
“Perkara ini baru sahaja diumumkan, maka pihak kami dalam proses perbincangan mengenai perkara tersebut. Sekarang pihak kami belum mendapat senarai ahli yang menarik sokongan tersebut yang dikatakan majoriti.
“Setelah mendapat senarai tersebut dan memastikan bahawa majoriti UMNO telah menarik sokongan, pihak kami akan membuat keputusan berdasarkan perkara tersebut.
“PAS akan membuat pendirian sendiri parti mengenai sokongan terhadap sebagai Ketua Kerajaan. Keputusan akan dibuat mengikut keadaan semasa,” katanya.