3 OGOS : Ekoran tujuh kes positif dikesan daripada kalangan pekerja migran di Wuhan, pihak berkuasa tempatan mengumumkan akan menjalankan ujian COVID-19 ke atas semua penduduknya untuk selepas bandar itu melaporkan jangkitan tempatan pertama sejak setahun lalu.
Pihak berkuasa tempatan berkata, bandar itu dengan segera melancarkan ujian pengesanan asid nukleik menyeluruh bagi semua penduduk.
Tujuh kes yang itu selepas hampir setahun tiada jangkitan menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan langkah penutupan pada awal tahun lalu.
Negara itu melaporkan 61 kes domestik berkaitan varian Delta yang cepat menular ke puluhan bandar selepas jangkitan berlaku dalam kalangan pekerja pembersih lapangan terbang di Nanjing yang mencetuskan rangkaian kes di seluruh negara.
Bandar utama, termasuk Beijing kini melakukan ujian kepada berjuta-juta penduduk dengan menutup kawasan perumahan dan melaksanakan perintah kuarantin kepada kontak rapat.