4 OGOS: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal dihadapkan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok, kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram.
Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang pegawai khas Syed Saddiq yang memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Muar berkenaan bakal menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Beliau juga mengesahkan bahawa Syed Saddiq bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Jalan Ayer Molek, pada jam 9 pagi, esok
Terdahulu, media melaporkan sorang bekas menteri dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok, bagi pertuduhan mengikut AMLATFPUAA 2001.
Menurut sumber, Syed Saddiq bakal dituduh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dua pertuduhan berkaitan dengan pertuduhan predikat yang sudah dibacakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“SPRM hari ini turut mengedarkan jemputan liputan media memaklumkan seorang Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi esok,” katanya.