Mohd Razlan letak jawatan dalam LTAT
5 OGOS: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii sah meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Mohd Razlah dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan itu dibuat sebagai mentaati keputusan UMNO yang telah menarik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berikutan itu, Mohd Razlan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga kerja LTAT yang selama ini telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatannya.
“UMNO sebagai parti yang menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu dan meletakkan keutamaan kepada rakyat tidak akan mensia-siakan nasib rakyat yang terabai,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan untuk meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad.