nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PPN Jalan Keluar Pendemik COVID-19

5 OGOS: Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada ketika ini tidak boleh dirumuskan atau dianggap telah menemui kegagalan hanya kerana berlakunya peningkatan yang mendadak jumlah kes jangkitan harian. 

Penganalisis isu semasa, Noor Mohamad Shakil Hameed berkata ini kerana semua pihak perlu memahami bahawa situasi peningkatan kes jangkitan yang mendadak ini berpunca daripada ujian saringan yang sedang dilaksanakan secara besar-besaran.

Menurut beliau, saringan sedang rancak dilakukan khususnya ke atas kumpulan yang telah dikenal pasti berisiko, selain peningkatan kes juga disumbangkan oleh varian Delta yang merebak dengan pantas dan drastik.

“Jadi anggota masyarakat tidak wajar terkejut atau panik dengan peningkatan kes secara mendadak ini, malah jangan lupa sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah mengumumkan unjuran kes positif mungkin boleh mencecah 24,000 sehari pada pertengahan September nanti.

“Justeru, apa yang penting sekarang ialah semua pihak perlu sepakat fokus kepada usaha untuk menjayakan PPN agar kita dapat keluar dari kemelut ini dengan segera seperti yang telah dirancang oleh pihak kerajaan. Semua pihak perlu memikul tanggungjawab ini kerana sampai bila kita mahu meneruskan kehidupan dalam situasi terkurung dan terbatas seperti ini.

MOHAMAD SHAKIL

“Sudah tentu semua orang mahu kembali menjalani kehidupan seperti biasa, bebas keluar untuk bekerja dan melakukan aktiviti sosial yang lain, di samping memberi perhatian untuk memulihkan ekonomi negara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Pengarah, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) memaklumkan anggota masyarakat perlu berusaha untuk mendapatkan vaksin dengan segera melalui segala saluran dan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Beliau berpandangan sasaran imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini adalah sangat realistik dan mampu dicapai jika semua pihak dapat memainkan peranan yang signifikan di samping, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) juga perlu terus dititikberatkan oleh semua pihak. 

“Walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan pelbagai SOP yang cukup jelas dan terperinci namun masih ramai yang terus degil dan melanggar SOP terbabit. Sikap acuh tak acuh serta tidak mempedulikan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling seperti ini wajar dihentikan. 

“Tatkala barisan petugas hadapan bertungkus-lumus memberikan rawatan dan berusaha untuk memutuskan rantaian penularan, sikap seperti ini bukan saja tidak membantu malah mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Secara konkusinya, beliau memaklumkan PPN merupakan satu pelan perancangan yang sangat penting dan mempunyai strategi serta matlamat yang cukup jelas untuk mengeluarkan negara dari krisis wabak secara selamat dan sistematik.

“Harus diingat kejayaan PPN ini bergantung kepada sokongan dan penyertaan semua pihak. Oleh itu marilah kita bersepakat untuk menjayakannya.

“Insiatif seperti pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) termasuk pandu lalu, perkhidmatan vaksinasi dari rumah ke rumah serta kebenaran untuk golongan warga emas hadir secara walk-in untuk mendapatkan vaksin banyak membantu peningkatan populasi yang menerima vaksin,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.