nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

14 Lokaliti di Sabah, Pahang kena PKPD Isnin Ini

7 OGOS: Sebanyak 14 lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula Isnin ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, di Sabah, empat lokaliti PKPD di Tawau membabitkan Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya, Flat Sri Semarak dan Taman Sejati manakala dua lokaliti di Penampang pula Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu.

Menurut beliau, lokaliti lain di Sabah yang akan dikenakan PKPD adalah di Kampung Marau, Sipitang; Kampung Baru Kimanis, Papar dan Kampung Tanjong Kapor, Kudat.

“Di Pahang pula, PKPD akan dilaksanakan di dua lokaliti di Maran iaitu di FELDA Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau.

HISHAMMUDDIN

“Selebihnya adalah di Kampung Orang Asli Sungai Bot dekat Karak di Bentong; FELDA Sungai Panching Selatan, Kuantan dan satu lagi di Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Rompin.

“Ketetapan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 semasa,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Dalam pada itu, Hishamuddin yang juga Menteri Luar memaklumkan PKPD di 10 lokaliti di empat negeri akan berakhir esok, seperti yang sudah dijadualkan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, lima daripada adalah di Sabah iaitu Kampung Tungkang, Kudat; Perumahan Ladang Kim Loong, Beluran; Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu; Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu dan Kampung Pituru Kinarut, Papar.

“Selain itu dua lokaliti di Tawau Sabah akan ditamatkan iaitu Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias manakala selebihnya adalah di Medan Klebang Restu, Mukim Chemor, Kinta, Perak; Blok 5, FELDA Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin, Pahang serta  Asrama Pekerja & Tapak Bina Hospital Pendang, Pendang, Kedah,” katanya.

Sementara itu, bagi task force operasi pematuhan, beliau turut mengesahkan jumlah mereka yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam merekodkan jumlah 282 individu telah ditahan dan daripada jumlah itu 261 telah dikompaun dan 21 individu telah direman.

Pada masa sama, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu memberitahu, sebanyak 112 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup serta-merta kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Tindakan itu diambil selepas semalam, pihak penguatkuasa melakukan pemeriksaan ke atas 1,754 buah kilang, 16,826 premis perniagaan, 773 tapak pembinaan dan 277 buah asrama penempatan pekerja,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.