nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hayati peristiwa Hijrah dalam perjuangan berdepan pandemik

9 OGOS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan seluruh rakyat Malaysia melakukan hijrah dan bekerjasama dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menjadi strategi peralihan untuk keluar secara berfasa dari kemelut pandemik COVID-19.

Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa baginda berkeyakinan negara pasti akan berjaya keluar dari apa juga kemelut yang melanda jika semua pihak terus berpadu tenaga dan mengamalkan sifat-sifat terpuji baginda Nabi Muhammad SAW.

“Peristiwa hijrah telah memberi panduan yang jelas kepada seluruh umat manusia mengenai erti sebuah pengorbanan dan kejayaan yang terpahat dalam lipatan sejarah.

“Bersempena dengan tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu “Manhaj Rabbani Umat Berkualiti” beta menyeru kepada seluruh rakyat; bangkitlah bersama-sama beta untuk mengukuhkan perpaduan, menjaga kesihatan, mematuhi  prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi untuk negara yang dicintai ini,” titah baginda dalam rakaman pelancaran majlis sambutan Ma’al Hijrah 1443/2021, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, serta Setiausaha Agung Rabitah al-‘Alam al-Islamy Makkah al-Mukarramah dan Penasihat Majlis Diraja Arab Saudi, Dr. Muhammad bin Abdul Karim AI-Issa, masing-masing dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa 2021.

Saban tahun kedatangan tahun baharu hijrah, titah Al-Sultan Abdullah mengingatkan seluruh umat Islam dengan sejarah suka duka dan pelbagai cabaran yang ditempuhi Rasulullah SAW yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Berikutan itu baginda mengajak umat Islam untuk meneladani sifat mulia Rasulullah SAW, termasuk benar dalam semua perkataan dan perbuatan, bersifat jujur dan dipercayai serta bijaksana dalam menyampaikan dakwah.

“Hijrah dan pembinaan negara saling berkait rapat di antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya, menghayati hijrah bukan saja berupaya membentuk akhlak yang mulia, malah turut berupaya dijadikan asas pembentukan sebuah negara.

“Pada hemat beta, pemerintahan dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW contoh yang terbaik untuk diikuti oleh sekelian manusia.

“Menghalusi sirah Nabi Muhammad SAW, ia jelas membuktikan baginda sebagai seorang pemimpin yang beretika tinggi dengan akhlak yang mulia merangkumi sifat-sifat integriti, kejujuran dan amanah,” titahnya.

Baginda bertitah, dalam aspek pentadbiran dan membuat keputusan, Rasulullah SAw mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa mendengar buah fikiran ramai menerusi konsep syura, sekali gus membuka seluas-luasnya ruang untuk bermesyuarat, berbincang dan mendengar pandangan dalam setiap perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan kemaslahatan ummah.

“Sifat Rasulullah SAW turut meliputi sifat tawaduk dan sentiasa mengagungkan kebesaran Allah SWT, lantas menjadikannya seorang pemimpin yang tidak terpengaruh dengan sifat tamak yang boleh mengundang gejala rasuah, tipu muslihat dan sifat mementingkan diri sendiri dengan kebesaran dunia seperti pangkat, harta dan kedudukan.

“Nabi Muhammad SAW turut berusaha menyuruh ke atas kebaikan dan mencegah kemungkaran. Semua ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran negara yang beretika dengan nilai-nilai yang murni. Ciri-ciri kepimpinan ini berjaya membentuk sebuah negara Islam yang dijulang tinggi dan disegani,” titahnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.