9 OGOS: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan takziah atas pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin hari ini.
“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban akibat COVID-19,” ciapnya menerusi Twitter.
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19.
Allahyarham meninggalkan suami, Shuib Sepahtu dan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, termasuk bayi Ayash Affan.