10 OGOS: Baru sehari jumlah kes positif COVID-19 turun kepada 17,236 kes semalam, namun hari ini kembali melonjak menghampiri 20,000 kes iaitu 19,991 kes setakat tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berkata kes positif baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 1,224,595 sejak tiga kes pertama COVID-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.
Menurut beliau, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 7,338 kes, di mana negeri itu mencatatkan peningkatan kes tertinggi positif COVID-19 sebanyak 1,598 kes berbanding semalam dengan hanya 5,740 kes.
“Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan Ialah 19,991 kes dengan jumlah kumulatif 1,299,767 kes. Pecahan setiap negeri hari ini ialah Selangor (7,338), Kuala Lumpur (2,374), Johor (1,344), Sabah (1,383), Sarawak (836) dan Negeri Sembilan (564),
“Selain itu, Kedah (1,830), Pulau Pinang (743), Kelantan (1,030), Perak (953), Melaka (578), Pahang (539), Terengganu (378), Labuan (1), Putrajaya (76) dan Perlis dengan 24 kes,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.
Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan lima lagi negeri yang menunjukkan peningkatan drastik positif COVID-19 ialah Kuala Lumpur yang naik 807 kes, Kedah yang meningkat 502 berbanding semalam pada paras 1,328 kes.
“Kelantan naik 116 kes, sementara Melaka 179 kes berbanding semalam 306 kes, diikuti dengan Sarawak yang naik 247 kes berbanding semalam, 589 kes.
“Tiga negeri yang merekodkan penurunan kes secara drastik iaitu Negeri Sembilan yang turun 651 kes berbanding semalam dengan 1,215 kes dan Terengganu yang turun ke 123 kes,” katanya.