nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pegawai Timbalan Menteri MOTAC Meninggal Dunia

10 OGOS: Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya, Datuk Jaimin Samitah disahkan meninggal dunia akibat COVID-19, petang semalam.

Media melaporkan Allahyarham meninggal dunia pada jam 4.30 petang ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpuri, selepas disahkan dijangkiti virus itu, minggu lalu.

Perkara dukacita itu disahkan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya, Datuk Guan Dee Koh Hoi yang menyatakan beliau mendapat perkhabaran duka itu daripada ahli keluarga Jaimin pada jam 5 petang, semalam.

“Kali terakhir kami bersama ketika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di Parlimen pada 29 Julai lalu dan kira-kira jam 4 atau 5 petang, saya bersama empat pengiring termasuk Jaimin melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum keluar Parlimen dan kami semua disahkan negatif.

Guan Dee mendapat perkhabaran yang menyedihkan itu daripada keluarga Allahyarham semalam.

“Selepas Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditangguhkan, saya pulang ke Sabah dan pada Isnin lalu, Jaimin yang masih berada di Kuala Lumpur memberitahu yang dia berasa tidak sihat dan saya minta dia buat ujian saringan COVID-19 sekali lagi,” katanya kepada media, hari ini. 

Dalam pada itu, Guan Dee berkata beliau amat bersedih di atas pemergian Jaimin dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya.

“Jaimin disahkan positif sebelum dikuarantin dan dirawat di sebuah hospital sejak Isnin minggu lalu sehinggalah menghembuskan nafas terakhir, semalam dan dikebumikan, hari ini,” katanya. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu hantaran di Facebook miliknya, tengah malam tadi memaklumkan berita kematian Jaimin disahkan selepas beliau menelefon adiknya, Datuk Seri Sabin Samitah.

“Datuk Jaimin adalah Timbalan saya ketika saya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

“Saya akan abadikan kenang kenangan keperibadian dia yang senang bergaul dengan senyuman namun tegas dalam pendirian. Kita kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak melabur jasa bakti kepada masyarakat,” katanya.

Jaimin yang berasal dari Ranau, Sabah adalah Ahli Majlis Tertinggi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah yang juga Penyelaras Parlimen Ranau selain dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Guan Dee.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi kenyataan berkata, sebanyak 85 kes positif dikesan di Parlimen hasil saringan menggunakan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

Beliau berkata, 56 kes dikenal pasti melalui saringan sebelum Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan empat lagi ialah kes kontak rapat.

Jelasnya, 17 kes lagi dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat berlangsung, termasuk lima kes baharu yang dilaporkan antara 30 Julai hingga 5 Ogos lalu dan tiga kes kontak rapat.

Tambah beliau, lapan kes melalui saringan sebelum Mesyuarat Khas Dewan Negara dan setakat ini, enam sampel berkemungkinan besar ialah varian delta yang dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.