10 OGOS: Tiga planet baharu yang kedudukannya berhampiran dengan Bumi ditemui sekumpulan astronomi dari Pemantau Angkasa Lepas Eropah (ESO).
Ketiga-tiga planet itu dikatakan boleh dihuni berikutan mempunyai sumber air di dasar dan atmosferanya yang menyerupai planet Zuhrah, Utarid dan Marikh.
Ketiga-tiga planet itu dikesan dengan menggunakan Very Large Telescope (VLT) milik ESO, selain diketahui mempunyai jarak 35 tahun cahaya dari Bumi.
Maria Osorio dari Pusat Atrobiologi, Madridi berkata, planet yang terletak dalam zon boleh dihuni mungkin memiliki atmosfera yang dapat melindungi dan menyokong kehidupan.
Kajian lanjut penting kerana ia boleh merungkai kewujudan seperti oksigen dan metana yang boleh dianggap sebagai bukti saintifik kehidupan dahulu dan kini. Bagaimanapun, teleskop yang digunakan ketika ini tidak mampu.
“Planet paling dekat dengan matahari dikenali sebagai L- 98-59a yang mempunyai separuh daripada jisim Zuhrah, manakala dua lagi planet yang ditemukan adalah L 98-59a dan L 98-59b,” katanya yang memberitahu planet ketiga iaitu L 98-59c didakwa mengandungi 30 peratus air.