nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selesai segera kemelut pelantikan NC UiTM baharu

11 OGOS: Tiga kesatuan dan persatuan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menyelesaikan segera kemelut pelantikan Naib Canselor UiTM baharu.

Mereka berpandangan bahawa penangguhan pelantikan Naib Canselor seperti yang telah dinyatakan oleh Ketua Pengarah JPT bertarikh 7 Ogos 2021 dan telah disiarkan oleh akhbar tempatan telah sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif di kalangan anggota masyarakat terhadap UiTM.

“Kami juga telah menghantar sepucuk surat kepada YAB Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana kami turut menyatakan pandangan kami serta cadangan bagaimana isu ini dapat diselesaikan dan tidak berpanjangan.

“Kami menaruh kepercayaan terhadap kebijaksanaan YAB Perdana Menteri untuk meneliti perkara ini seterusnya menyampaikan nasihat yang bersesuaian supaya tindakan segera dapat diambil,” kata mereka dalam satu kenyataan media hari ini.

Pelantikan Roziah sebagai NC di UiTM baharu ditangguhkan pada 7 Ogos lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Pemangku Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UiTM (UTiMAS), Prof Madya Datin Dr Sarimah Ismail, Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Ahmad Faisal Mohamed dan Presiden Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM), Zulkifli Mohamed.

Untuk rekod jawatan Naib Canselor di Universiti Teknologi MARA telah kosong sejak Mac 2021 dan diberitakan bahawa Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd Janor telah dilantik menerusi satu surat bertarikh 2 Ogos 2021 sebelum KP JPT mengeluarkan surat penangguhan bertarikh 7 Ogos 2021.

Mengulas lanjut, tiga persatuan berkenaan menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap mana-mana calon yang telah memohon jawatan ini atau yang telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Pemilihan malahan sehingga kini mereka pernah dimaklumkan secara khusus nama-nama calon tersebut.

“Namun kami percaya pemilihan Pof. Dr Roziah Mohd Janor telah melalui proses saringan dan temuduga serta telah mematuhi kriteria yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pemilihan.

“Kami juga ingin tegaskan di sini bahawa pihak kami tidak pernah mengeluarkan sebarang surat atau kenyataan membantah pelantikan tersebut memandangkan kami sendiri tidak dimaklumkan secara langsung siapa yang terpilih untuk menjawat jawatan tersebut,” katanya.

Mereka juga konsisten bahawa pelantikan Naib Canselor harus dibuat secara telus dan tidak dipengaruhi unsur-unsur negatif yang boleh mendatangkan kesan tidak baik terhadap imej UiTM sebagai institusi pendidikan tersohor.

“Kami berharap UiTM dapat terus menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah institusi penting untuk Bumiputera tanpa dipengaruhi sebarang pengaruh politik kepartian.

“Sekali lagi kami berharap isu ini dapat diselesaikan seberapa segera dan pihak kami bersedia pada bila-bila masa untuk menyumbang idea dan tenaga sekiranya dirasakan perlu,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.