nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

318 kes kematian, 118 daripadanya di Selangor

12 OGOS : Kes kematian COVID-19 hari ini kembali meningkat melepasi angka 300 dengan 318 kes, menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 11,691 kes.

Kematian tertinggi yang pernah dicatatkan adalah pada 8 Ogos lalu dengan sebanyak 360 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian hari ini membabitkan 256 warganegara manakala 62 lagi merupakan warga asing.

“Daripada 318 kes kematian hari ini, 118 kes daripadanya adalah di Selangor, 52 kes di Johor, 45 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 28 kes di Sabah, 19 kes di Kedah, 

“Selain itu, masing-masing 10 kes di Pulau Pinang dan Melaka, sembilan kes di Perak, lapan kes di Pahang, tujuh kes di Negeri Sembilan, serta masing-masing empat kes di Sarawak, Kelantan, dan Terengganu,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian COVID-19, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan kes baharu hari ini mencatatkan peningkatan kepada 21,668 dan daripada jumlah itu, 21,610 kes daripada adalah kes tempatan manakala 58 lagi merupakan kes import. 

Beliau berkata, jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) pula ketika ini adalah seramai 1,059 orang termasuk dan 543 yang memerlukan bantuan pernafasan menjadikan kumulatif kes aktif sebanyak 237,021 kes.

“21,668 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 440 kes iaitu 2.1 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak 21,228 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. 

“Ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 2,720 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi iaitu yang telah lengkap dua minggu selepas dos kedua vaksinasi,” katanya.

Sementara itu beliau berkata sebanyak 45 kluster baharu dilaporkan hari ini dan daripada jumlah itu, 30 adalah kluster berkaitan di tempat kerja, 11 kluster komuniti dan masing-masing dua adalah kluster kumpulan berisiko tinggi serta pendidikan tinggi. 

“Bagi kluster tempat kerja, sembilan kluster direkodkan di Selangor, enam direkodkan di Johor, masing-masing empat di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang, tiga di Kelantan, dan masing-masing satu di Terengganu dan Perak. 

“Kluster komuniti pula, tiga adalah di Kelantan, masing-masing dua di Pahang dan Sarawak serta masing-masing satu di Johor, Perak dan Sabah.Selain itu, satu masing-masing di Kelantan dan Perak adalah kluster kumpulan berisiko tinggi. 

“Manakala masing-masing satu di Selangor dan Johor adalah kluster pendidikan tinggi. Jumlah keseluruhan kluster kini berjumlah 4,079 dan sebanyak 2,798 kluster telah ditamatkan di samping hanya 1,281 kluster yang masih aktif,”katanya- Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.