nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

i-Guru gesa KPM tangguh sesi persekolahan secara bersemuka

12 OGOS: Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempertimbangkan untuk mengkaji semula tarikh pembukaan sekolah secara bersemuka pada 1 September ini berikutan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan berkata, KPM juga perlu mendapatkan pandangan daripada pemegang taruh pendidikan seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) mengenai data terkini berhubung kes COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tindakan itu penting kerana ramai ibu bapa melahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah berikutan peningkatan harian kes COVID-19 yang mencecah sehingga 20,000 kes sehari sekarang.

“Justeru, i-Guru melihat bahawa KPM wajar menangguhkan sesi persekolah secara bersemuka ke tempoh yang bersesuaian sehingga menyakinkan semua pihak seperti sekolah, guru, ibu bapa dan murid- murid.

MOHD AZIZEE

“KPM perlu membuat keputusan yang jelas dan tepat berdasarkan data dan sains untuk mengelak sekolah dibuka dan ditutup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azizee berkata KPM perlu ada pelan dan agenda yang jelas jika pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) terpaksa dilanjutkan ke hujung tahun untuk mengelak keciciran murid dan mengatasi kelesuan motivasi.

Bagaimanapun, Mohd Azizee berkata jika KPM kekal dengan pembukaan sekolah, pembukaan sekolah secara berfasa perlu dilaksanakan dengan keutamaan kepada sekolah luar bandar dan pendalaman yang kurang murid, berada di kawasan hijau dan di kawasan yang kadar penerima vaksinnya melebihi had imuniti kelompok.

“Kaedah pergiliran murid ke sekolah perlu dilaksanakan mengikut keutamaan murid. Murid-murid prasekolah dan tahap satu perlu diberikan keutamaan bagi menangani isu penguasaan menulis, membaca dan mengira (3M).

“Malah kuasa autonomi diberikan kepada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam menentukan apa yang terbaik untuk sekolah dari sudut pembukaan serta pelaksanaan pengajaran.

“i-Guru memberikan kepercayaan penuh kepada pihak KPM atas keupayaan dan kemampuan mereka membuat keputusan yang tepat berdasarkan data dan analisis serta akur terhadap keputusan itu nanti,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.