nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM berjiwa besar pelawa pembangkang tangani COVID-19 bersama

13 OGOS: Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) menyifatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang yang berjiwa besar kerana berani mempelawa pemimpin pembangkang menjalinkan kerjasama bagi menangani pandemik COVID-19 dan mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) Prof Dr. Mohd Roslan Mohd Nor berkata persefahaman rentas parti ini adalah kenyataan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang memikirkan soal kemajuan negara, bukannya untuk menjaga kepentingan peribadi.

Antara inisiatif diumumkan Perdana Menteri hari ini termasuklah peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang sama dengan ahli parlimen kerajaan, penyertaan menyeluruh dalam Pelan Pemulihan Negara, menghadkan jawatan Perdana Menteri kepada 2 penggal, undang-undang lompat parti, reformasi parlimen rentas parti dengan menambah jumlah jawatankuasa pilihan khas parlimen, pelaksanaan undi 18.

Beliau berkata, inisiatif yang dibentangkan Perdana Menteri hari ini adalah sesuatu yang ditunggu oleh mereka yang ingin melihat kesuburan proses demokrasi dalam negara.

“Apa yang lebih menarik adalah kedudukan ketua pembangkang yang diberikan kemudahan setara dengan Menteri Kanan. Ini adalah satu perkembangan menarik yang belum pernah berlaku dalam negara ini.

“Nampaknya ketua pembangkang perlu berfungsi untuk turut sama membangun negara, bukan lagi hanya membangkang apa sahaja yang dicadangkan oleh kerajaan.

“Gunakanlah peluang keterbukaan pihak kerajaan ini untuk memperteguhkan kembali pentadbiran negara berasaskan sistem demokrasi Raja Berpelembagaan, mengangkat kedudukan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya serta menyemarakkan Islam sebagai teras kepada perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Sehubungan itu, Mohd Roslan berkata PINTAR menggesa para pemimpin parti-parti politik untuk kembali memberikan tumpuan kepada kemaslahatan rakyat, bukannya berterusan melakukan gerakan politik untuk merampas kuasa, mengganti Perdana Menteri dan seumpamanya.

Beliau berkata komitmen jelas Perdana Menteri yang telah dimaklumkan tempohari kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu untuk menentukan keabsahannya melalui undi percaya pada sidang parlimen pada bulan September nanti sewajarnya dijadikan medan untuk menentukan keabsahan sokongan tersebut.

PINTAR menggesa para pemimpin parti-parti politik untuk kembali memberikan tumpuan kepada kemaslahatan rakyat

“Namun agak mengecewakan kerana terdapat pihak-pihak yang terus sahaja mendesak serta memberikan tekanan politik kepada kerajaan.

“Dalam keadaan semasa yang sedang berlaku sekarang, boleh dikatakan setiap hari rakyat akan mendengar mengenai tindakan-tindakan politik yang ingin dilakukan terutama oleh pihak yang cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Pada hemat kami, ia bukanlah satu perkara yang baik untuk negara di mana kita melihat ia memberikan kesan kepada kestabilan dan juga usaha-usaha yang sedang berjalan untuk menangani pandemic covid-19,” katanya.

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana rakyat sudah muak dengan gelagat sesetengah pemimpin politik ini yang saban hari memberi fokus perebutan kuasa, bukannya untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan, yang hilang pekerjaan dan ada yang tidak cukup makanan disebabkan kehilangan punca pendapatan ketika ini.

“Kita dapati terdapat titah Raja-Raja Melayu yang prihatin terhadap suasana politik semasa. Antaranya titah KBDYMM Sultan Selangor, Sultan Johor dan Pemangku Raja Pahang.

“Raja-Raja Melayu juga telah menzahirkan keprihatinan dan menyeru supaya menjaga kestabilan dengan memberi fokus kepada inisiatif menghadapi pandemik covid-19,” katanya.

Justeru, PINTAR ingin menegaskan supaya rakyat menolak pemimpin parti-parti politik yang suka menangguk di air keruh yang mana ia boleh menggadaikan nyawa rakyat tanpa menghiraukan bahaya penyebaran covid-19.

“Pihak yang memberikan risiko kepada rakyat ini perlu ditolak. Berdasarkan ini, PINTAR juga ingin merayu Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan bagi menyekat pihak-pihak yang sentiasa ingin mendapatkan kuasa.

“Ada baiknya pihak istana bertindak selaku pendamai dengan menggalakkan perundingan untuk kestabilan kerajaan sehinggalah satu tempoh kita dapat menyerahkan kembali mandat kepada rakyat dengan melakukan proses PRU-15,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.