13 OGOS: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kerajaan Perikatan Nasional mencapai kata sepakat untuk berunding dengan parti di luar PN untuk mengusulkan undi percaya.
“PN capai kata sepakat untuk berunding dengan parti di luar PN untuk usul undi percaya, pastikan kerajaan terus berfungsi sehingga tiba masa pilihan raya.
“Usul undi percaya hanya boleh lulus dengan cara bipartisan,” katanya dalam satu perutusan khas sebentar tadi.
Beliau menambah Kerajaan yang akan wujud selepas usul undi percaya ini diluluskan adalah sebuah kerajaan yang lebih stabil dan inklusif.
“Stabil dengan dokongan bipartisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta inklusif dengan pengiktirafan kepada parti-parti pembangkang untuk memainkan peranan semak dan imbang yang lebih efektif dan menyeluruh. Kestabilan politik adalah amat penting dalam kita memerangi pandemik COVID-19 dan memulihkan negara,” katanya.