nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahli-Ahli Politik Perlu Berunding, Jangan Mangsakan Rakyat

15 OGOS: Tawaran-tawaran kerjasama dwipartisan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipertimbangkan semua parti dengan serius dalam usaha melaksanakan reformasi undang-undang dan Parlimen ke arah kestabilan politik negara.

Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia berpandangan tawaran yang dicadangkan itu mempunyai impak baik jangka panjang kepada proses demokrasi negara selain mampu mewujudkan senario politik lebih matang dan berhemah.

Beliau berkata, Ahli Parlimen daripada kerajaan mahupun pembangkang wajar mengambil peluang tersebut dengan mengadakan rundingan untuk mencapai, menstabilkan atau melakukan gencatan politik, agar tumpuan pemulihan kepada impak COVID-19 dapat dilaksanakan.

“Kita harus melihat, sebenarnya tujuan tawaran itu untuk melindungi dan mempertahankan institusi perlembangaan, itu yang penting. Perkara ini juga perlu diterjemah secara rasional dan praktikal bukannya emosional semata-mata.

“Jika krisis ini berterusan, pembangkang juga akan dipertanggungjawabkan kerana dilihat tidak mahu melakukan reformasi Parlimen dilaksanakan,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan secara maya dalam program Ruang Bicara yang disiarkan di Bernama TV, hari ini,

Muhyiddin mengumumkan cadangan rangka persefahaman rentas parti di Putrajaya baru-baru ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan cadangan rangka persefahaman rentas parti yang mengandungi tujuh perkara yang akan dilaksanakan kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadap beliau diluluskan di Dewan Rakyat termasuk tawaran tempoh jawatan Perdana Menteri terhad kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

Tawaran lain, keseimbangan jumlah keanggotaan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, serta pelaksanaan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik serta rang undang-undang termasuk belanjawan akan dirunding terlebih dahulu dengan semua Ahli Parlimen sebelum dibentang di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada parti-parti politik tempatan termasuk parti pembangkang.

Mengulas lanjut, Sivamurugan bagaimanapun melihat proses untuk mencapai persefahaman itu agak sukar ketika kini kerana pendirian pembangkang nampaknya hanya mahu melihat keabsahan serta kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Proses pemulihan krisis kesihatan dan krisis politik ini tidak dapat dicapai tanpa dua pihak (kerajaan dan pembangkang) bersedia untuk berkorban dan berkompromi dengan tawaran itu.

“Sekarang ini bukan masa untuk rebut jawatan perdana menteri tapi rebut hati rakyat yang sedang menderita…usah terus memangsakan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran Universiti Malaya Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata tawaran yang dikemukakan perdana menteri itu bukannya “jalan mati” politik negara, sebaliknya permulaan untuk nafas baharu dalam arena politik tempatan dan kehendak rakyat.

Menurut beliau, tawaran itu jelas disertakan dengan pelawaan kepada pembangkang untuk berunding dan membolehkan terma-terma atau keputusan akhir tawaran berkenaan dipersetujui secara konsensus.

“Elemen-elemen menolak sepenuhnya mempamerkan ada ahli politik yang tidak menunjukkan kematangan mereka…seolah-olah tiada kesungguhan untuk bersama-sama membantu untuk rakyat.

“Kita tak mahu ahli politik ini dilihat berjuang untuk ‘political survival’ (kelangsungan politik) semata, sehingga mengabaikan kepentingan rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.