15 OGOS: Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Khas ahli-ahli Parlimen Pakatan Nasional (PN) di Publika, Kuala Lumpur jam 9 pagi tadi.
Sebelum itu, Perdana Menteri telah meninggalkan kediaman peribadi di Bukit Damansara jam 9.04 pagi diiringi dua motosikal polis berkuasa tinggi serta dua kenderaan pengiring pacuan empat roda.
Mesyuarat itu dihadiri semua ahli Parlimen PN termasuk pemimpin tertingginya dilaporkan akan membincangkan langkah dan rancangan seterusnya membabitkan pentadbiran kerajaan dan soal menghadap di Istana Negara esok.
Ahli Parlimen Pagoh itu telah membuat beberapa tawaran kepada pembangkang dua hari lalu untuk mengekalkan pentadbiran kerajaannya menerima pelbagai tempias.
Bukan sahaja pelawaan beliau ditolak bulat-bulat oleh pembangkang dan juga UMNO, malah beliau ditolak ke dalam keadaan tertekan apabila didesak meletakkan jawatan serta merta.
Esok Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bagi menyatakan perkembangan terkini kabinet dan juga status beliau selaku perdana menteri yang kini sudah tidak memiliki keabsaan yang dipersoalkan pemimpin dan rakyat secara umum.