nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tawaran PM Bukanlah Rasuah, Jalan Bersama Hadapi COVID-19

15 OGOS: Tawaran yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah satu bentuk rasuah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak khususnya blok pembangkang. 

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata,  ini kerana rasuah dari segi harfiahnya ialah perbuatan memberi sesuatu dalam bentuk pelbagai (tunai, hadiah, tanah, rumah, kemudahan) secara rahsia untuk berbuat sesuatu yang tidak beretika.

Namun, menurut beliau, ramai menyifatkan ia sebagai umpan untuk mengurangkan ketegangan perebutan kuasa dan ada yang melihat sebagai alasan menafikan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi memperoleh majoriti.

KARTINI

“Sebaliknya tawaran ini dilakukan secara terbuka, dan jelas akan matlamat akhir yang ingin dicapai. Saya kira, barisan pembangkang harus berfikir dan bertindak bijak. 

“Jangan terikut-ikut dengan percaturan beberapa pemimpin UMNO yang dilihat tidak lagi berupaya membawa wadah perjuangan rakyat.

“Mereka telah lupa rakyat. Kemelut perebutan kuasa ini sebenarnya adalah suatu penghinaan kepada rakyat yang telah memberikan mandat menerusi undi kepada wakil rakyat ini,” katanya kepada media, hari ini. 

Dalam pada itu, Kartini memaklumkan tawaran yang dibuat Muhyiddin adalah jalan terbaik untuk memastikan usaha memulihkan negara dari krisis kesihatan boleh dilaksana seperti yang dirancang agar ekonomi negara boleh segera bangkit dan pulih.

“Apabila Pakatan Harapan (PH) menolak tawaran Muhyiddin, secara tak langsung mesej yang dihantar ialah selain PN dan mereka yang membentuk kerajaan pada hari ini adalah ahli-ahli Parlimen yang tidak meletakkan keselamatan dan kepentingan rakyat.

“Rakyat harus bangkit berkempen bila tiba masanya untuk menolak ahli-ahli Parlimen yang berebut kuasa dan tidak mendukung usaha kerajaan memulihkan negara dan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, polimik dan perebutan jawatan perdana menteri yang berterusan dalam kalangan pemimpin parti politik, hanya membuatkan mereka terus ‘sesat’ dan terkeluar dari tanggungjawab sebenar mereka, untuk membantu rakyat.

Beliau yang juga merupakan Pengarah KITA, UKM memberitahu, walaupun terdapat pihak dalam kerajaan dan pembangkang menolak Muhyiddin namun sehingga kini mereka belum membuktikan terdapat inidividu lain mendapat sokongan majoriti, bagi jawatan itu.

“Tindakan beberapa parti politik yang menolak tawaran rangka persefahaman rentas parti yang dicadangkan Muhyiddin tanpa perbincangan panjang, dilihat bagaikan sudah hilang arah.

“Jawatan perdana menteri (keabsahan) bukan isu di sini, isunya adalah sama ada kita (kerajaan dan pembangkang) boleh bertindak bersama dan lakukan secara bersama demi kepentingan rakyat…mereka tidak nampak perkara ini.

“Ada yang lihat tawaran itu mengikut kepentingan berbeza-beza, jadi respons kepada tawaran itu dilihat belum jelas daripada mana-mana pihak, kecuali beberapa pemimpin pembangkang yang saya kira mereka melihat kepada impak jangka panjang beberapa tawaran itu. Pemikiran itu memperlihatkan bahawa, mereka memandang jauh sama ada perlu sokong atau membangkang semborono,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.