16 OGOS : Seluruh kepimpinan dan pendokong parti di semua peringkat UMNO Cawangan dan UMNO Bahagian digesa untuk terus bersatu, bersetia dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.
Perkara itu dinyatakan oleh pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri iaitu Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan (Negeri Sembilan), Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Ir. Hasni Mohamad (Johor), Datuk Saarani Mohamad (Perak), Datuk Seri Azlan Man (Perlis), dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Kelantan),
Selain itu, turut menyatakan pendirian adalah Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Seri Bung Moktar Radin (Sabah) Datuk Musa Sheikh
Fadzir (Pulau Pinang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Kedah),Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (Melaka), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Wilayah Persekutuan) dan Tan Sri Noh Omar (Melaka).
Kenyataan bersama mereka turut menggesa semua Ahli-Ahli Parlimen dan kepimpinan parti setiap masa untuk mematuhi dan mempertahankan sebarang keputusan parti.
“Ini selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.
” (Kita) meminta agar semua ahli-ahli parti terus istiqomah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO, “katanya.