16 OGOS : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden BERSATU dijangka mengadakan satu sidang media secara langsung pada pukul 3 petang ini berhubung kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Terdahulu, Muhyiddin meninggalkan kediamannya pada jam 7.42 pagi tadi, untuk menghadiri mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Beliau dilaporkan tiba di Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas selesai mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya.
Kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri menjadi pertikaian selepas didakwa hilang keabsahan.
Ini susulan tindakan 15 Ahli Parlimen dari UMNO menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpinnya.