16 OGOS : Kenyataan berhubung PAS menarik balik sokongan daripada Perikatan Nasional (PN) serta-merta adalah palsu.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebook miliknya, sebentar tadi.
Kenyataan media palsu itu mulai tular hari ini susulan Tan Sri Muhyiddin Yassin difahamkan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Malah, kenyataan itu menuduh PAS bersedia untuk berunding dengan mana-mana parti bagi menubuhkan kerajaan yang mempunyai majoriti kukuh.