17 OGOS: Jumlah kes baharu COVID-19 di seluruh negara hari ini adalah 19,631 sekali gus negara merekodkan penurunan lima hari berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyak 1,444, 270 kes.
Menurut beliau, walaupun Selangor masih kekal penyumbang tertinggi kes jangkitan harian COVID-19 dengan 5,753 kes hari ini yang mencatatkan peningkatan berbanding semalam iaitu 5,706 kes.
“Selain Selangor, enam negeri mencatatkan kes di paras empat angka iaitu Sabah (2,103), Kedah (1,863), Pulau Pinang (1,275), Kelantan (1,268), Perak (1,101) dan Kuala Lumpur (1,765).
“Manakala selebihnya adalah di Pahang (670), Negeri Sembilan (490), dan Perlis (37). Tiga negeri catat penurunan iaitu Sarawak (835), Melaka (623), Terengganu (498), dan Putrajaya (41) manakala Labuan merekodkan sifar kes,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.