nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

11 Juta Rakyat Malaysia Lengkap Dua Dos Vaksin

28 OGOS : 11,400,456 penduduk iaitu 48.7 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di negara ini direkodkan sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, semalam.

Selain itu, seramai 17,437,286 yang mewakili 74.5 peratus populasi dewasa di negara ini direkodkan sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos pelalian itu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), berkata kejayaan itu dicapai menerusi pemberian sebanyak 525,111 dos vaksin COVID-19, semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara meningkat kepada 28,837,742 dos, membabitkan 184,972 dos pertama, manakala 340,139 adalah dos kedua pelalian itu.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan sejak 24 Februari lalu dan kini berada dalam Fasa Tiga yang dijangka selesai pada Mei tahun depan membabitkan 13.7 juta penduduk di negara ini berusia 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

Setakat semalam, jumlah kumulatif itu mewakili 53.4 peratus daripada populasi di Malaysia yang menerima dos pertama dan 34.9 peratus bagi dos kedua.

Perincian pemberian pelalian itu pula menyaksikan Labuan kekal di tangga teratas apabila seramai 61,472 orang atau 89.7 peratus populasi dewasanya sudah lengkap divaksinasi, manakala 68,101 atau 99.4 peratus sudah menerima dos pertama.

Ia disusuli Sarawak yang merekodkan seramai 1,676,573 orang atau 82.1 peratus populasi dewasa sudah lengkap divaksinasi, manakala 1,824,160 penduduknya atau 89.3 peratus menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Lembah Klang pula di tempat ketiga carta pemberian vaksin apabila seramai 4,388,039 populasi dewasa atau 71.2 peratus sudah menerima dos lengkap.

Ia diikuti Negeri Sembilan, Perlis, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Pahang, Kedah, Kelantan, Johor dan Sabah.

Sementara itu, JKJAV turut memaklumkan 
sebnyak 28,837,742 dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di Facebook rasminya memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 17,437,286 orang manakala 11,400,456 orang menerima dos kedua.

Menurut JKJAV, 53.4 peratus daripada jumlah populasi negara mendapat dos pertama manakala 34.9 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan peningkatan kepada 525,111 dos semalam berbanding 501,776 dos pada Isnin, dengan 184,972 adalah dos pertama manakala 340,139 adalah dos kedua.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.