18 OGOS: Biarpun berlaku kenaikkan namun harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 25 Ogos ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata harga runcit petrol RON97 juga kekal pada harga RM2.74 seliter.
MOF berkata harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.
“Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.