18 OGOS: Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menafikan kebenaran infografik yang tular di media sosial berkaitan jumlah sokongan Ahli Parlimen Dewan Rakyat.
Terdahulu tular di media sosial dua infografik menunjukkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat sokongan majoriti 114 Ahli Parlimen termasuk 50 Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) 41, Gabungan Parti Sarawak (GPS) 18, empat Bebas dan satu parti lain untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-9.
Manakala, satu lagi infografik memaparkan Ketua Pembangkang hanya memperoleh sokongan daripada 92 Ahli Parlimen termasuk 42 Ahli Parlimen DAP, 35 Ahli Parlimen PKR, 11 Amanah dan lain-lain empat.