18 OGOS: Selepas mencatatkan penurunan lima hari berturut-turut, kes baharu jangkitan COVID-19 kembali meningkat semula kepada 22,242 berbanding semalam 19,631.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berkata angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyak 1,466, 512 kes.
Menurut beliau, Selangor masih kekal penyumbang tertinggi kes jangkitan harian COVID-19 dengan 6,858 kes hari ini yang mencatatkan peningkatan berbanding semalam iaitu 5,753 kes.
“Selain Selangor, 10 negeri turut catat peningkatan iaitu Sabah (2,143), Pulau Pinang (1,867), Sarawak (1,403), Kelantan (1,351), Negeri Sembilan (577), Pahang (675), Perlis (50), dan Labuan (5)
“Kuala Lumpur (1,587), Perak (1,036), Kedah (1,852), Melaka (579), Terengganu (487), dan Putrajaya (25),” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.