20 OGOS : Malaysia mencatatkan kes tertinggi untuk tiga hari berturut-turut apabila sebanyak 23,564 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi ringkasan laporan harian itu, berkata angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyakh 1,513,024 kes.
“Sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 6,974 kes, disusuli Sabah (2,738); Sarawak (2,548); Kedah (1,932); Kuala Lumpur (1,652); Pulau Pinang (1,523); Johor (1,323); Kelantan (1,281) dan Perak (1,248).
“Kes positif baharu turut dilaporkan di Melaka dengan 610 kes; Negeri Sembilan (608); Terengganu (521); Pahang (517); Perlis (64); Putrajaya (24) dan satu kes di Labuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.