21 OGOS: Setelah mencatatkan peningkatan tiga hari berturut-turut, penularan COVID-19 di negara ini mencatatkan penurunan kepada 22,262 kes setakat tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 1,535,286 kes.
Menurut beliau, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan Selangor terus menjadi negeri dengan jangkitan baharu tertinggi, sebanyak 7,011 kes.
“Negeri lain yang turut mencatat kes jangkitan tinggi ialah Sabah dengan 2,651 kes, Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulau Pinang (1,459), Kuala Lumpur (1,220) dan Kelantan (1,039).
“Selain itu ialah Perak sebanyak 946 kes baharu, Melaka (882), Pahang (664), Terengganu (495), Negeri Sembilan (405), Putrajaya (41), Perlis (38) dan Labuan (9),” katanya menerusi Facebook miliknya, hari ini.