22 OGOS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) umumkan lima lokaliti termasuk tiga di Kelantan dan dua kawasan di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 24 Ogos hingga 6 September depan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Rodzi Md Saad berkata tiga lokaliti di Kelantan ialah Kampung Telaga Bata, Kampung Kajang Sebidang dan Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat.
Beliau berkata dua lokaliti di Sabah dikenakan PKPD ialah Kampung Buanong Matunggong, Kudat dan Kampung Balung Cocos, Tawau
“Pelaksanaan PKPD di lokaliti berkenaan dibuat susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan prosedur operasi standardnya (SOP) adalah seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Mengulas lanjut, Rodzi berkata MKN juga turut melanjutkan PKPD di dua lokaliti iaitu Kampung Pukat dan Taman Semarak Indah di Tawau, Sabah yang sepatutnya berakhir pada 23 Ogos kepada sehingga 6 September.
Beliau berkata MKN juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di tujuh lokaliti membabitkan empat negeri iaitu di Tawau dan Kalabakan ,Sabah selain Kampung Bukit Malut di Langkawi pada 23 Ogos.
“PKPD di Kampung Bongkok, Bera, Pahang tamat pada 22 Ogos manakala Desa Keluarga YPK Chendering, Kuala Terengganu (23 Ogos),” katanya.