22 OGOS : Rusia melancarkan 34 lafi satelit baharu yang bertujuan menyediakan internet jalur lebar di mana-mana saja di dunia.
Roket Soyuz Rusia yang dikendalikan oleh Eropah Arianespace membawa 34 satelit tersebut berjaya dilancarkan pada 10.13 malam Sabtu dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan.
Ia adalah pelancaran kelima satelit OneWeb, syarikat pengendali dari Britain tahun ini selepas yang terakhir sebelum ini pada 1 Julai lalu.
OneWeb berusaha untuk menyelesaikan pembinaan bagi melengkapkan rangkaian satelit orbit bumi rendah dengan menyediakan jalur lebar dan perkhidmatan maya lain yang lebih baik kepada negara di seluruh dunia.
Syarikat United Kingdom (UK) itu melakukan perancangan supaya perkhidmatan internet komersial globalnya dapat beroperasi pada tahun depan, disokong oleh sekitar 650 satelit.
Dengan misi terbaru ini, sejumlah 288 satelit kini berada di orbit untuk melengkapkan rangkaian satelit yang dirancang.