23 OGOS: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyasarkan untuk bertanding 120 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
Bagaimanapun, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memberikan perincian lanjut termasuk calon yang akan bertanding.
“Kita mahu bertanding banyak kerusi, mungkin sampai 120 kerusi (parlimen).
“Tapi kita harap orang bukan Melayu pun akan sokong. Dulu pun dalam UMNO, saya dapat banyak sokongan daripada orang Cina dan India.
“Jika kita jadi kerajaan yang baik, orang akan sokong,” kata Mahathir dalam wawancara dengan portal The Malaysian Insight.
Mahathir memegang rekod menjadi perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia ketika bersama UMNO sebelum membentuk Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan memenangi kerusi Parlimen Langkawi pada PRU-14.
Beliau kemudian dilantik sebagai perdana menteri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan sebelum meletakkan jawatan.
Mahathir meninggalkan Bersatu bersama beberapa ahli Parlimen lain dan membentuk Pejuang.
Berdasarkan PRU15, Mahathir meramalkan lebih banyak pertembungan lebih dari saru penjuru yang akan menimbulkan kesulitan bagi mana-mana gabungan politik untuk memperoleh majoriti sepenuhnya.
Sementara itu, Mahathir mengatakan Pejuang, yang secara rasmi terdaftar bulan lalu, tidak seperti parti lain.
Menurutnya, pemimpin parti itu tidak mempunyai sejarah terlibat dalam rasuah.
“Sebilangan besar ahli kami adalah wajah baharu, muda dan tidak mempunyai rekod prestasi yang buruk,” katanya.