nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengarah JPN, guru antivaksin menghadap TMJ, Jumaat ini

23 OGOS: Pengarah Pendidikan Johor dan guru menolak vaksin bakal mengadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pada Jumaat ini.

Tunku Ismail dalam satu hantaran terbaharu di Facebooknya, bertitah pertemuan itu akan diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

“Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini.

“Demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Insya-Allah,” titahnya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya Tunku Mahkota Johor hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini menitahkan golongan pendidik supaya tidak terpengaruh dengan gerakan antivaksin sehingga enggan divaksiansikan.

Baginda juga bertitah bahawa pengambilan vaksin adalah penting dan perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini, seterusnya berupaya membendung penularan jangkitan COVID-19.

Sultan Ibrahim bertitah kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambilan vaksin untuk melindungi diri, keluarga, serta masyarakat.

“Guru-guru patut jadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya membahayakan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi. Saya dan keluarga juga sudah lengkap mengambil dua dos vaksin.

“Jangan mudah terpengaruh dengan golongan anti vaksin sebagaimana saya tegaskan sebelum ini. Percayalah pakar perubatan kita yang bertauliah. Mereka yang menolak vaksin tanpa sebab yang sahih seolah-olah merelakan diri dijangkiti,” titahnya dalam satu hantaran di laman Facebook baginda hari ini

Sebelum ini media melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang mendedahkan kira-kira 779 guru di negeri ini yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Berikutan itu Mazlan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu dalam perkara itu agar golongan guru terlibat yakin menerima vaksin kelak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.