nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Johor tegur golongan pendidik enggan divaksinasi

23 OGOS: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, menitahkan golongan pendidik supaya tidak terpengaruh dengan gerakan antivaksin sehingga enggan divaksinasi.

Baginda juga bertitah bahawa pengambilan vaksin adalah penting dan perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini, seterusnya berupaya membendung penularan jangkitan COVID-19.

Sultan Ibrahim bertitah kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambilan vaksin untuk melindungi diri, keluarga, serta masyarakat.

“Guru-guru patut jadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya membahayakan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi. Saya dan keluarga juga sudah lengkap mengambil dua dos vaksin.

“Jangan mudah terpengaruh dengan golongan antivaksin sebagaimana saya tegaskan sebelum ini. Percayalah pakar perubatan kita yang bertauliah. Mereka yang menolak vaksin tanpa sebab yang sahih seolah-olah merelakan diri dijangkiti,” titahnya dalam satu hantaran di laman Facebook baginda hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sebagai mengulas laporan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

Baginda berharap semua rakyat Johor dapat divaksinasi secepat mungkin membolehkan mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya berharap agar semua rakyat Johor dapat suntikan vaksin dengan segera, supaya boleh kembali bekerja, berniaga dan menjalani kehidupan seperti biasa,” titah Sultan Ibrahim.

Sebelum ini EXCO Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, semalam berkata Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan kepada kumpulan guru terbabit mengenai kebaikan vaksin supaya mereka sedia menerima suntikan.

Berikutan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pendidikan Johor dan guru-guru yang terlibat dalam isu menolak suntikan vaksin COVID-19.

Tunku Ismail berkata, perjumpaan itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.

“Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Insha-Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah, katanya dalam ciapan menerusi Twitter, semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.